Sunday, December 30, 2012

KEHEBATAN NAMA-NAMA ALLAH : الله‎



بسم الله الرحمن الرحيم

bila mana kita kata cinta, pasti kita ingin kenal jauh dgn si dia. 
sejauh mana kita mengenali si dia, ibarat ukuran sedalam mana cinta kita. sama2 muhasabah kembali, kita kata kita cinta Allah, tapi sejauh mana kita kenal Allah?
Untuk sahabat2 yang baru berhijrah untuk menjejaki cintaNya, apa kata kita mulakan dengan mencintai nama2 Allah yang mulia, dgn menyingkap kehebatan nama2 Allah ni krn setiap nama Allah ada makna yg sgt hebat. In syaa Allah, bila kita semakin kenal, semakin kita rasa cinta. Kita mulakan dgn kalimah ALLAH itu sendiri. In syaa Allah, sama2 kita belajar dan kita kongsikan. 


 الله‎ (ALLAH)

ALLAH. Itulah Tuhan Yang Satu. Dalam surah Al-Ikhlas ada dalil kukuh yang mengakui bhw Allah itu satu dan tiada sekutu baginya. 




Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Dan sesungguhnya nama2 Allah yg paling baik dan paling utama ada tiga iaitu :
~ALLAH
~AR-RAB
~AR-RAHMAN

ketiga2 nama ini mengumpulkan kesemua makna nama2 ALLAH yang mulia dan kesemuanya kembali kpd tiga nama ini. setiap daripd tiga nama ini mengandungi sifat ALLAH yang tersendiri yang kesemuanya berkumpul dlm surah AL-FATIHAH yg merupakan ummul Quran.
ALLAH              : merangkumi sifat ilahiah
AR-RAB            : merangkumi sifat2 rububiyyah
AR-RAHMAN  : merangkumi sifat2 kebaikan, kedermawaan, kemuliaan.

Maka dengan itu, ALLAH merupakan nama teragung yg mengandungi kesemua sifat ALLAH yang indah serta mnjadi tanda esensi (Zat) dan juga menjadi sebab bagi segala eksistensi (kewujudan makhluk). ALLAH ialah al-Ism al A'zham.

Oleh itu, ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada satu pun yang dapat menyerupai sifat2 ALLAH krn tiada apa pun yang mampu digambarkan dalam fikiran kita kerana ZatNya sangat luas dan tidak termampu dengan daya fikiran manusia, sebaik2 makhluk ciptaanNya. 

ALLAH hanyalah nama bagi ALLAH yang serba sempurna huruf-hurufnya, maknanya serta rahsianya. Kalimah Tauhid yang wajib kita imani sebagai khalifahNya di dunia ini.

Semoga sedikit perkongsian ini mampu memberi sedikit manfaat walaupun intipatinya amatlah sedikit sekali dan kalian juga mengetahuinya. Semoga ALLAH redha. In syaa ALLAH.


~wallahu'alam~

************************************************************
#admin is gonna sit for her finals this evening. doakan ye. In syaa ALLAH. (^_^)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
rujukan:
~tafsir al-Quran Darul Iman
~MENYINGKAP KEHEBATAN NAMA-NAMA ALLAH:
  di sebalik kisah hikmah berpandukan Al -Quran dan As-Sunnah
  terbitan TELAGA BIRU

Monday, December 10, 2012

penyelesaiannya....

usah dipendam perasaan itu, Allah kan ada.
diam sorg2 makan diri buat apa, Allah kan ada.
cerita kat manusia pun dia takkan faham perasaan hati, Allah kan ada.
tapi biar ambil masa tenangkan hati, pulihkan smgt dan kesihatan diri..
sebab Allah sentiasa ada...

:: maaf shbt2, rasa bersalah tidak punya kudrat brsama2 brgerak kerja di sana.
Kesihatan tidak mengizinkan. Doakan ana di sini. 

>semoga Allah terus memberi kekuatan pada hati<
#rimaskerjatergendalaakibatbuangmasa#
menangissendirisendiri


BILA KITA MUDAHKAN KERJA ORG LAIN, IN SYAA ALLAH, ALLAH AKAN MUDAHKAN KERJA KITA.BILA KERJA KITA JADI SULIT, MAKNANYA MUNGKIN KITA ADA SULITKAN KERJA ORANG LAIN. DAN ALLAH MASIH LAGI INGIN MENGUJI.TERUSKAN BERSANGKA BAIK, TIADA RUGINYA. [pujuk hati, pujuk hati]

Thursday, October 11, 2012

doa dari hati


Mata berkaca, hati kecewa..
Kecewa pada diri sendiri hambaNya yang hina,
Betapa banyak dosa ditimba, amal dilupa..

Malu..
Malu pada Allah Yang Esa,
Betapa banyak nikmat dikurnia,
Masih leka dengan dunia..

Pilu..
Hati mengaku rindu namun lemah menzahirkan,
Ke mana amal hanya ilmu yang diteorikan
Tidak sedarkah lagi hati, apa yang akan disoalkan?

**********************************************
Ya Allah, izinkan aku terus merindui sentuhanMu..
Izinkan aku menjaga hati ini untuk menggapai redhaMu
Izinkan aku Ya Azim, mentarbiah hati mengikut sebenar2 syariatMu
Maka lindungilah aku Ya Allah..
Sungguh ujian dunia penuh muslihat,
Mengaburi iman dengan nikmat dunia.

::rindupadaniqab::













Astaughfirullahalazim..
Astaughfirullahalazim..
Astaughfirullahalazim..

Wednesday, September 5, 2012

hati yang bercinta

dua hati yang bercinta
bercinta atas nama Robbnya
mencari keredhaan yang hakiki di dunia nyata
untuk bertemu lagi di syurga yang bahagia.

dua hati yang bercinta
walau terpisah raganya
mendiamkan rindu tiada bersua
mendoakan iman dan taqwa memandu jalannya.

dua hati yang bercinta
tidak bersumpah berjanji setia
kerana hati saling mengerti ketentuanNya
lalu bertawakallah hati pada janjiNya yang nyata.

dua hati yang bercinta
bersabar menanti hingga tiba waktunya
menjalani ujianNya tiada prasangka
surah cintaNya menjadi teman setia.

dua hati yang bercinta
hingga kini jejak memisah jasadnya
ilmu dan kalam Robbnya kini yang utama
supaya kelak menjadi panduan hidup berdua.


dua hati yang bercinta...
fahamilah, hayatilah, dan renungkan ia,
hakikat cinta itu dianugerahkan oleh Robbmu yang Esa,
agar ia dibajai, supaya kembangnya mekar, suburnya melata,
menjaga syariat yang mulia itu kunci bahagia redhaNya,
maka jangan berhenti mencintai Dia yang Berkuasa,
kerana hanya dengan cintaNya cinta itu bisa kekal pada yang haknya.

dan sulamkan anugerah cinta di hati itu dengan haruman iman dan taqwa,
agar si dia bisa menjadi yang soleh dan solehah dalam mahligaimu kelak,
menjadi serikandi agama pendamping perjuanganmu yang setia,
menjadi panglima syurga memandu jalan bidadari hatinya,
hadiah Robbnya pada hamba yang memberi cinta pada hati yang berhak.
di situ kelak terbentang luas nikmat bercinta kerana imannya semata.

*******************************************************

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.”(Riwayat Muslim)

******************************************************

Wednesday, July 18, 2012

removing the past

Bismillahirahmanirahim.. All praises to Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful Lord..

I would like to share something. So take a moment, one or two seconds to think about this.


Ha, when I first saw this, for a second, I was about to laugh.. But then, I remembered the most painful experience in my life. Yeah, all this while, I was regretting my past, why and why I was chosen to be the one to feel the pain. And so many questions came across my mind. But, whenever I felt upset for this, I open the Holy Quran, and read a few verse, or find some kind of inspirational Islamic quotes to calm myself. And now, I feel more relief when I see this picture. Yes, it was all their plan, their games. Sometimes I was so afraid to move foward as my mind was haunted by my past. Oh bad memories. Ni la kerja The Devils yang terlaknat. huh. They would love too see human drowning in sins, or feeling guilty or not happy throughout their life. Remember sahabat, the SYAITANIROJIM know that they will be lonely in NERAKA JAHANNAM that they want to have more and more buddies in hell in the hereafter. But Allah loves us so much that He has given us guidance to be in the right path. Redha to Qada' n Qadar, and do not question too much for it, but seek for the answer. And the answer will always come to you if you follow the right track. So, regret your bad doings in the past for it is a sign that you want to return to Allah, taubat nasuha, and never forget them because you should learn from it. But also remember to move foward and not to return again to the past. "Allah burdens not a person beyond his scope." [al-Baqarah: 286]. So He knows that we are strong enaugh to go through His tests in life. And again, WHEN THE SYAITAAN REMINDS YOU OF YOUR PAST, YOU REMINDS HIM OF HIS FUTURE. 
padan muka ko setan. api neraka tu tempat ko, jgn nk ajak aku. kuang ajo.


-wallahulam-
***************************************************
-Penghulu Istighfar-
"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan diriku. Aku (hanyalah) hambaMu. Aku berusaha sedaya upaya untuk setia memegang janjiMu. Aku berlindung kepadaMu ya Allah akibat dari kejahatan yang terlanjur telah aku lakukan. Ya Allah, aku mengaku sekian banyak nikmatMu kepada aku dan aku mengakui juga akan sekian banyak dosaku, maka ampunkanlah dosaku. Tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau."





Sunday, July 8, 2012

jatuh hati~

"Ya Rahman.. Berkatilah usia kami agar sentiasa dalam ketaatan. Rahmatilah hidup kami agar sentiasa dalam keampunan. Sampaikanlah salam penuh kerinduan buat nabi junjungan serta jadikanlah kami teman... Yang berada di sisi Rasul-Mu di taman kenikmatan."

"Ya Rahman.. jadikanlah diri ini permata ayah bonda. Jadikan diri ini penyejuk mata mereka.. Jadikan diri ini penghibur lara mereka. Engkau kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sedari kecil hingga dewasa. Engkau redhailah mereka dan jadikan diri mereka redha padaku agar redhaMu jua sampai kepadaku."

"Ya Rahmanu Ya Rahim.. permudahkanlah langkah kami agar sentiasa ingin dekat denganMu. Berikanlah kami kekuatan dan kesihatan untuk sentiasa sujud kepadaMu.. Agar terdidik hati ini untuk sentiasa bersyukur dengan limpah RahmatMu. Jadikanlah jiwa ini sentiasa rindu dengan sentuhan kasih sayangMu. Jadikanlah lidah kami lembut dan tiada jemu menyebut namaMu malah rasa terhibur dengan membaca alunan kalamMu."

"Ya Allahu Ya Kareem.. Istiqamahkanlah setiap apa yang telah kami persembahkan... Engkau redhailah setiap apa yang telah kami lakukan.. Ampunilah segala dosa yang telah kami perbuatkan serta masukkanlah kami di kalangan mereka yang Engkau Rahmati dan Redhai.. Sungguh tiada daya kami melainkan Engkau yang Maha Pengampun jua Maha Pengasih."

*http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4734-tiga-golongan-yang-rugi.html*

*****************************************************

"Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata:"Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu". Aku mengucap:"Amin". "Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak dimasukkan ke syurga". Aku berkata:"Amin". Jibril berkata lagi:"Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya". Lalu aku mengucapkan:"Amin". -Riwayat Imam Ahmad


Ya Allah, tunjukkanlah hati itu jalan redhaMu..





Friday, July 6, 2012

surah Al-Shaf : 2


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ

"Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?"

(Al-Shaf:2)


:: manusia suka berkata-kata, tanpa melakukan apa yang diperkatakan. "cakap xserupa bikin".
astaughfirullahalazim.. muhasabah diri. what i always said to people is what i really wanted to do, and i am actually reminding myself. Ya Allah, thabatkan hatiku.. Jangan Kau letakkan aku dalam golongan yang Kau murka Ya Rahman.

Thursday, July 5, 2012

a thousand years


Heartbeats fast 
Colors and promises 
How to be brave 
How can I love when I'm afraid to fall 
But watching you stand alone 
All of my doubt suddenly goes away somehow 
One step closer 

I have died everyday waiting for you 
Darling don't be afraid I have loved you 
For a thousand years 
I love you for a thousand more 


Time stands still
Beauty in all she is 
I will be brave 
I will not let anything take away 
What's standing in front of me 
Every breath 
Every hour has come to this 
One step closer 

I have died everyday waiting for you 
Darling don't be afraid I have loved you 
For a thousand years 
I love you for a thousand more 

And all along I believed I would find you 
Time has brought your heart to me 
I have loved you for a thousand years 
I love you for a thousand more 

One step closer 
One step closer 

I have died everyday waiting for you 
Darling don't be afraid I have loved you 
For a thousand years 
I love you for a thousand more 

And all along I believed I would find you 
Time has brought your heart to me 
I have loved you for a thousand years 
I love you for a thousand more

*******************************************

~sampaikan kami pada penghujung cinta yang Kau redhai Ya Robb~

:: tribute to my beloved nephew and him ::


Monday, July 2, 2012

Penantian Ramadhan ~

بسم الله الرحمن الرحيم

pejam celik, pejam celik.. Ramadhan bakal menjelma lagi.. Subhanallah, ternanti2 kemunculannya.. Semoga Ramadhan kali ini, ibadahku bertambah baik.. Ingin aku coretkan semua kebahagiaan hati dengan nafas cinta baru untuk Ramadhan kali ini, subhanallah.. tak terluah kata hati.. Syukran Ya Robb, Kau masih sudi titipkan rasa rindu di hati ini.. Tahun2 yang sudah, Ramadhan berlalu tanpa makna terkesan.. Tahun lepas paling melemaskan.. Rasa berdosa masih membelengu diri ini.. Ramadhan dilalui sekadar menahan lapar dan dahaga.. Hasrat hati dalam pencarian cinta abadi kala malam yang penuh barakah sering terbantut. Sering terhalang dengan alasan-alasan bisikan halus syaitan.. Auratku tak terjaga, ibadahku tiada makna. Astaughfirullahalazim.. Ya Allah, kau kuatkanlah rasa rinduku ini, sampaikanlah hayatku sehingga ke penghujung Ramadhan kali ini, dan hari-hari seterusnya jika baik untukku ya Allah.. Sungguh ingin ku perbaharui hari-hariku dengan beribadah padaMu. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu rahmat kepada seluruh keluargaku, sahabat sahabiah seaqidah, dan seluruh ummat Islam hendaknya.

****************************************************
Ya Allah, tundukkan segala kerinduanku di jalanMu..
Permudahkanlah ya Robb..


Sunday, June 3, 2012



rayyan rayhan

************************************************************
:: speechless.. we miss him so much.. 


Tuesday, May 29, 2012

regaining strength~

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaranMu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

****************************************************************

Alhamdulillah.. thank you Allah.. =)

Monday, May 28, 2012

jatuh berdarah dan akhirnya tinggal parut luka..
sekian lama parut terbiar, melupakan sakitnya rasa jatuh itu,
rupanya masih tertinggal kesan lebam, rasa ngilu mula menjengah,
makin hari makin parah, parut mula kembali bernanah,
mengimbau kembali saat diri terjatuh, hati mula merasa resah,
rupanya bukan luka bernanah punca gelisah..

ya Allah, beri aku kekuatan...
hilangkan segala memori dukaku..
bertahun sudah aku lupakan..
mengapa sekarang kembali di ingatan..
hanya padaMu aku memohon..
hapuskan luka ini ya Allah..
krn ia kian menghakis semangatku..

duhai teman ke mana kau hilang?
luka ini kembali menyerang..
sungguh aku resah..
andai duka ini meragut hariku yang cerah..
tidak mampu aku kongsikan,
tidak mungkin aku ceritakan,
krn kita pernah brjnji utk melupakan,
namun kini harus aku leraikan,
segala kekusutan hati yang kian bertandang,
ya Allah, Kau jua yg tahu,
adakah aku mampu mengharungi ujianMu ini...


pergilah duhai memori.. sungguh kau melukakan hati..

Thursday, May 24, 2012

hatiku milikMu

بسم الله الرحمن الرحيم

Tuhanku Ya Rahman Ar-Rahimin...
Andai hati ini sarat menanggung rindu,
Izinkan ia menjadi ibadah untukMu,
menjadikan setiap rasa yang berputik hanya milikMu,
menjaga hati ini untuk tidak dalam murkaMu,
maka lindungilah hati ini ya Robb..

Tuhanku Ya Robbul 'Izzati...
Andai hati ini mula bicara cinta,
Izinkan iman bersatu dengan namaMu..
menjadikan segalanya dibawah keredhaanMu..
menjaga syariat hanya yang halal bagi-Mu..
maka permudahkan urusan hati ini ya Robb..

:: kerana cinta dan rindu itu anugerah Ilahi, izinkan aku menjaganya sehingga muncul tiba kata hati yang pasti..




Thursday, May 10, 2012

semakin cinta


بسم الله الرحمن الرحيم

semakin aku cari, semakin aku cuba fahami, semakin Kau sentuh hatiku..
Ya Allah, betapa agungnya kasihMu..
Tidak putus Kau ujikan aku..
semakin aku sedari..
nikmat cinta Kau beri..
Ya Allah thabatkan hati ini mencari redhaMu..
teguhkan iman ini ya Allah..
jauhkan rasa riak di hatiku
ikhlaskan hati ini ya Allah..
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.

Friday, May 4, 2012

coretan hati utk seorg shbt

merindui dia shbt fillah yg dicintai..
semoga hati ini sama2 istiqamah mencari redha Ilahi..
ketahuilah aku selalu di sisimu setia menemani,
supaya langkah kita kemas teratur tiada terhenti..

:: sungguh tersentuh hati melihat permulaan hijrah shbt yg dicintai..
mengharap taufiq dan petunjuk Ilahi..
semoga nur hidayah terpaut erat teguh di hati ,
persis indahnya namamu wahai serikandi..


p/s: teruskan melangkah wahai teman.. =)


Tuesday, May 1, 2012

ukhuwah fillah..

بسم الله الرحمن الرحيم 
seungkai kata ku mulakan dengan bismillah..

indahnya ukhuwah kerana Allah..
biar di depan mata masih ku terasa rindu padanya
walau kejauhan doaku untuknya tanda dia masih dlm ingatan..
Allahu Allah.. telah kau campakkan rasa rindu dan cinta ini padanya
memandang wajahnya hanya membangkitkan rinduku padaMu
Ya Allah, lindungi ukhuwah ini dari sebarang fitnah
kerana hadirnya cukup istimewa padaku..

dan tiada kata bisa aku ungkapkan
sebagai tanda kesyukuran
hanya hati yang bisa membisikkan
madah rindu dan cinta yang dijanjikan

khabarkan padanya oh Tuhan..
betapa hati ini sungguh menghargai
hadirnya merubah hidupku ke arah kebaikan
sungguh hebat aturanMu Ya Allah
ukhuwah terjalin penuh berhikmah..

dan kini satu impianku,
memperjuangkan agamaMu,
bersama sahabat fillah yang dicintai,
di bawah restu dan redhaMu ya Ilahi..

Allahumma Amin.........

:: dedikasi untuk sahabat sahabiah yang hadir dalam hidup ini.. setiap dari kalian sangat membawa seribu erti dalam hidupku.. syukran jazilan... hanya itu mampu kuungkapkan..

sebarkan cinta~




menjaga cinta dan iman ini bukanlah mudah
mengtarbiahkan cinta dan hati ini bukanlah mudah
perkongsian ilmu kau beri mengeratkan ukhuwah
kerana kau sering mengingatkan aku pada Allah
semoga kita sabar mengharungi ujianNya meniti jalan terindah
mengharapkan redhaNya kekal hingga ke Jannah.


****************************************************
:: tiada kata mampu ku ungkap, syukran sahabat.. hanya nukilan ini sebagai penghargaan. 
dan Allah jua yang mampu membalas segala kebaikan.

Sunday, April 29, 2012

something is missing.


ya Robb, pls give me strength..



Allah, Alllah, Allah, Ya Allah......

Sunday, April 22, 2012

tersangat rindu...





Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

*****************************************************************
Ya Allah, tidak layak rasanya air mata ini gugur lagi...
terkedu aku mendengar bisikan rindu..
namun sering aku keliru, adakah ini sekadar lintasan hati  
Ya Rahman, hanya kalamMu pengubat hati rindu..

Ya Allah, Ya Robbul 'Izzati...
Sungguh Kau maha mengetahui takdir hidupku..
Mungkinkah tersurat satu hikmah menantiku di tanah suciMu?
Maka permudahkanlah Ya Allah..
Tidak tertanggung rindu ku pendam sekian lama..

Sesungguhnya Kau lebih mengetahui ikhlas rindu dan cintaku..
Tidak juga layak aku menilainya sendiri..
Mekah al-Mukaramah, tanah penuh barakah..
Tuhanku, hanya padaMu aku berserah...










Thursday, April 12, 2012

cinta dalam diam (^_~)

what say you?? Allahu akhbar.. this is really super awesome sweet!! ^_^

it reminds me the love story of Fatimah r.a and Saidina Ali r.a.. Subhanallah.. kind of inspiring one.. "cinta dalam diam" ^^ 

: : diamkan sehingga menerima kepastian, sehingga datang satu keyakinan.. sesungguhnya janji Allah itu benar dan hanya yang benar lagi terbaik untuk hambaNya.. He knows best! So what do we have to do now? Prepare ourselves with 'ilmu, apply the knowledge we gained, istiqamah in doing all the good deed.. dont forget to reset our nawaitu just for the sake of Allah.. pray for His bless in this world and in the Hereafter.. InsyaAllah.. 



~dan sentiasa aku mendoakanmu, walau di mana kau berada, walau siapa pun dirimu.. dan juga hati ini meyakini, kau juga sedang mendoakan agar iman ini bersatu di bawah redhaNya.. ku pasti menunggumu, hanya yang berhak takdirnya untukku.. Ya Allah, kurniakan kami kesabaran meniti ujian cintaMu.. 


**Yang pasti, telah ku temu sebahagian rindu di hati ini.. Ya Allah, panjangkan nafasku untuk perjuangkan agamaMu.. dan sesungguhnya redhaMu jua ku maksudkan.. Amin , Ya Robb....


Monday, March 26, 2012

seorang muslimah~



Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati


Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati



******************************************************


Ya Allah, tidak tertahan air mata ini
Dan Kau jua maha mengetahui getar hatiku,
maka kuatkanlah hati ini ya Allah,
untuk terus bermujahadah, meraih redha cintaMu

jadikanlah aku seorang muslimah yang lebih baik dari semalam ya Allah.
mengabdikan diri hanya untukMu.
kuatkan hatiku meninggalkan segala yg Kau murka
teguhkan imanku beristiqamah dengan amal Kau redha..
kerana semakin hatiku yakin padaMu ya Allah,
telah kau canangkan yang terbaik untuk hambaMu..

ya Allah, izinkan aku menjadi seorang bidadari dunia
yg menjadi ketua bidadari di syurgaMu kelak
hanya pada yang berhak ke atasku ya Allah..
semoga hati ini redha dengan setiap ketentuanMu..
Allahumma amin..

Friday, March 2, 2012

kerana Allah..

Dan terusku diamkan rasa hati kerana Allah..
Semoga cepat masa berlalu, agar dapat kulihat segala hikmah..
mencari segala jawapanNya dalam istikharah
aku harus bertawakal dan berserah..

dan segalanya ku sandarkan padaMu Ya Allah..

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)
“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

Tuesday, February 28, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم



For a moment, I do have something to say...
But I think Allah knows best..
So I just tell Him whatever is in my heart..
And recite His beautiful words of promises in Quran,
And it is always n always comfort me. 


The smiles I see make me feel warm
uhibbukum fillah
The tears we share make me touched
O Allah you have sent all the great people in my life
Please keep them safe with Your bless
I can ask no more than our safety in Hereafter..



my family, my priority
naas & fulan bin fulan ^^


O Allah.. You're The Only Creator of all
Give me strength to keep breathing
Show me which and which way should I go
With the one that I have been waiting for,
Lead me to the right path to Your Jannah..




Amin Ya Robb, as You always listen to our prayer. 




:: these are the little things that I really want to ask from Him..

Wednesday, January 25, 2012

Wednesday, January 18, 2012

Luasnya Rahmat Allah!!


Dimulakan dgn bismillah.. semoga tulisan kali ini memberikan sedikit cetusan semangat buat sahabat2 fillah.. dan juga diriku sendiri.. semoga kita tidak akan pernah berputus asa dari rahmat Allah..

*************************************************************

Terdiam aku.. terdetik di kalbu, mensyukuri segala nikmat Allah pinjamkan.. Subhanallah.. baiknya Allah pada diri ini... Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini yang selalu mengabaikanMu..

Semalam, hati sangat tersentuh.. tersentuh dengan keluh seorang teman. Tentang kehidupannya, tentang masa depannya.. Oh Tuhan, kuatkan hatinya menjalani setiap ujianMu.. Lalu ku renung kembali perjalanan hidupku.. Tidak mudah aku rungkai segala rahsia, rahmat dah hikmah atas setiap ujian dan dugaan yang menimpaku.. Tidak mudah aku luahkan. Hingga kini, masih tersisa duka namun ku pujuk hati ini agar mensyukuri segalanya.. kerana aku tahu dan pasti, pasti ada yang lebih derita.. ada yang lebih perit dugaan hidupnya.. dan mungkin tidak terjangkau akal fikiranku.. Subhanallah.. apa lah sangat ujian ini berbanding balasan syurga Allah utk hamba2 yg taat padaNya? 

Buat sahabat2 fillah... sebenarnya hidup ini indah, andai segalanya bersandarkan Allah.. Allah sentiasa ada untuk kita.. Allah sentiasa di sisi, setia mendengar segala keluhan rasa di hati kita.. yakinlah pada Allah, bersangka baiklah pada Allah.. Tidak Allah timpakan sesuatu ujian melainkan yang termampu oleh hambaNya.. maka yakinlah kita akan berjaya mengharungi segalanya asalkan Allah sentiasa di hati kita.. dan pastilah tidak diketahui iman kita, andai hidup ini tidak ada ujian dariNya.. itulah janji Allah.. kerana Allah sayang maka dihadirkan ujian pada hambanya.. cuma kita yang tidak bersabar, cuma kita yang lupa, untuk apa ujian itu datang pada kita.. mengapa ujian itu dirasakan berat? dan mengapa Allah memilih kita mengharungi segala ujian ini? pastilah jawapannya adalah kerana Allah sayang kita.. dan hanya dengan kesabaran yang tinggi, dengan bersangka baik pada rahmat Allah, hati kita akan tenang menghadapi segalanya.. dan seandainya kita terasa tidak mampu, mengadulah pada Allah.. Allah sangat memahami.. tidak perlu dengan kata2 puitis berbunga.. hanya dengan titis air mata dan keluhan hati, Allah mampu mengerti.. maka pada Dialah kita serahkan segalanya.. Allah Maha Mengetahui, seperti mana dalam firmanNya ; "...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah: 216)
maka, berdoalah.. mohonlah pada Allah.. sesungguhnya Allah itu dekat dan memakbulkan doa hambaNya..
pintalah dengan setulus hati.. Telah Allah katakan;  
“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186).

Renungkan bersama, betapa banyak sebenarnya telah Allah pinjamkan nikmat kepada kita.. nikmat kesihatan, nikmat kekayaan...dan segala macam nikmat lagi.. lantas, andai ditarik segala udara dalam dunia ini, hilanglah nikmat Allah.. maka bersyukurlah.. kita masih diberi kesempatan, untuk merasai indahnya hidup ini dengan kesabaran.. itulah rahmat Allah.. yang tidak terbatas.. pastinya segala ujian dan setiap yang terjadi diselitkan seribu satu hikmah dan kebaikan.. tidak kah terasa rindu di hati kita untuk bertemu dengan Sang Pencipta yang telah terlalu banyak berbuat baik kepada kita? Tidak kah kita berasa malu, walau sebanyak mana kebaikan itu, kita masih mengingkari suruhanNya?
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah an-Nahl, ayat 18.)
Sama2lah kita beristighfar.. semoga Allah ampunkan segala kekhilafan masa lalu.. dan semoga dititipkan kekuatan untuk berhijrah meninggalkan laranganNya, kerana itulah sebaik2 hijrah.. Allah Maha Penyayang.. kembalilah kita pada jalan Allah..  semoga bicara ku ini mampu menyenangi hati sekalian teman, yang mungkin resah di hati mengharap keredhaan Robbnya.. sungguh iman di hatimu sahabat2 ku.. usahlah kita berputus asa dari rahmat Allah, kerna itu adalah pastinya satu kerugian. sekian bicaraku. Wallahualam. 



Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)





*****************************************************************
:: kaki ku semakin kuat berjalan, meneruskan hijrahku.. tidak terjangka aku mampu berjalan seperti ini.. semoga Allah tetapkan iman di hatiku, semoga tidak timbul rasa riak di hati ini.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Syukran Ya Robb..

~dan bermulalah kisah cinta imanku..... 


Tuesday, January 3, 2012

tahajjud cinta~


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
*************************************************************

Ya Allah, sentuhlah hatiku.. 
Jangan Kau biar parut duka ku berdarah lagi

Ya Allah, Kau jualah maksudku
Hanya pdMu harus ku mengadu
Hanya pdMu harus ku sandarkan segala yg terbuku di kalbu..

Allahumma Amin.. Semoga segala duka di hati menjadi titian cinta menuju Robbnya..