Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu
HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat
Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaranMu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini
****************************************************************
Tuesday, May 29, 2012
Monday, May 28, 2012
jatuh berdarah dan akhirnya tinggal parut luka..
sekian lama parut terbiar, melupakan sakitnya rasa jatuh itu,
rupanya masih tertinggal kesan lebam, rasa ngilu mula menjengah,
makin hari makin parah, parut mula kembali bernanah,
mengimbau kembali saat diri terjatuh, hati mula merasa resah,
rupanya bukan luka bernanah punca gelisah..
ya Allah, beri aku kekuatan...
hilangkan segala memori dukaku..
bertahun sudah aku lupakan..
mengapa sekarang kembali di ingatan..
hanya padaMu aku memohon..
hapuskan luka ini ya Allah..
krn ia kian menghakis semangatku..
duhai teman ke mana kau hilang?
luka ini kembali menyerang..
sungguh aku resah..
andai duka ini meragut hariku yang cerah..
tidak mampu aku kongsikan,
tidak mungkin aku ceritakan,
krn kita pernah brjnji utk melupakan,
namun kini harus aku leraikan,
segala kekusutan hati yang kian bertandang,
ya Allah, Kau jua yg tahu,
adakah aku mampu mengharungi ujianMu ini...
pergilah duhai memori.. sungguh kau melukakan hati..
Thursday, May 24, 2012
hatiku milikMu
Tuhanku Ya Rahman Ar-Rahimin...
Andai hati ini sarat menanggung rindu,
Izinkan ia menjadi ibadah untukMu,
menjadikan setiap rasa yang berputik hanya milikMu,
menjaga hati ini untuk tidak dalam murkaMu,
maka lindungilah hati ini ya Robb..
Tuhanku Ya Robbul 'Izzati...
Andai hati ini mula bicara cinta,
Izinkan iman bersatu dengan namaMu..
menjadikan segalanya dibawah keredhaanMu..
menjaga syariat hanya yang halal bagi-Mu..
maka permudahkan urusan hati ini ya Robb..
:: kerana cinta dan rindu itu anugerah Ilahi, izinkan aku menjaganya sehingga muncul tiba kata hati yang pasti..

Thursday, May 10, 2012
semakin cinta
بسم الله الرحمن الرحيم
semakin aku cari, semakin aku cuba fahami, semakin Kau sentuh hatiku..
Ya Allah, betapa agungnya kasihMu..
Tidak putus Kau ujikan aku..
semakin aku sedari..
nikmat cinta Kau beri..
Ya Allah thabatkan hati ini mencari redhaMu..
teguhkan iman ini ya Allah..
jauhkan rasa riak di hatiku
ikhlaskan hati ini ya Allah..
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.
Friday, May 4, 2012
coretan hati utk seorg shbt
merindui dia shbt fillah yg dicintai..
semoga hati ini sama2 istiqamah mencari redha Ilahi..
ketahuilah aku selalu di sisimu setia menemani,
supaya langkah kita kemas teratur tiada terhenti..
:: sungguh tersentuh hati melihat permulaan hijrah shbt yg dicintai..
mengharap taufiq dan petunjuk Ilahi..
semoga nur hidayah terpaut erat teguh di hati ,
persis indahnya namamu wahai serikandi..
p/s: teruskan melangkah wahai teman.. =)

Tuesday, May 1, 2012
ukhuwah fillah..
بسم الله الرحمن الرحيم
seungkai kata ku mulakan dengan bismillah..
indahnya ukhuwah kerana Allah..
biar di depan mata masih ku terasa rindu padanya
walau kejauhan doaku untuknya tanda dia masih dlm ingatan..
Allahu Allah.. telah kau campakkan rasa rindu dan cinta ini padanya
memandang wajahnya hanya membangkitkan rinduku padaMu
Ya Allah, lindungi ukhuwah ini dari sebarang fitnah
kerana hadirnya cukup istimewa padaku..

dan tiada kata bisa aku ungkapkan
sebagai tanda kesyukuran
hanya hati yang bisa membisikkan
madah rindu dan cinta yang dijanjikan
khabarkan padanya oh Tuhan..
betapa hati ini sungguh menghargai
hadirnya merubah hidupku ke arah kebaikan
sungguh hebat aturanMu Ya Allah
ukhuwah terjalin penuh berhikmah..
dan kini satu impianku,
memperjuangkan agamaMu,
bersama sahabat fillah yang dicintai,
di bawah restu dan redhaMu ya Ilahi..
Allahumma Amin.........
:: dedikasi untuk sahabat sahabiah yang hadir dalam hidup ini.. setiap dari kalian sangat membawa seribu erti dalam hidupku.. syukran jazilan... hanya itu mampu kuungkapkan..

sebarkan cinta~
menjaga cinta dan iman ini bukanlah mudah
mengtarbiahkan cinta dan hati ini bukanlah mudah
perkongsian ilmu kau beri mengeratkan ukhuwah
kerana kau sering mengingatkan aku pada Allah
semoga kita sabar mengharungi ujianNya meniti jalan terindah
mengharapkan redhaNya kekal hingga ke Jannah.
****************************************************
:: tiada kata mampu ku ungkap, syukran sahabat.. hanya nukilan ini sebagai penghargaan.
dan Allah jua yang mampu membalas segala kebaikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)