Wednesday, January 18, 2012

Luasnya Rahmat Allah!!


Dimulakan dgn bismillah.. semoga tulisan kali ini memberikan sedikit cetusan semangat buat sahabat2 fillah.. dan juga diriku sendiri.. semoga kita tidak akan pernah berputus asa dari rahmat Allah..

*************************************************************

Terdiam aku.. terdetik di kalbu, mensyukuri segala nikmat Allah pinjamkan.. Subhanallah.. baiknya Allah pada diri ini... Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini yang selalu mengabaikanMu..

Semalam, hati sangat tersentuh.. tersentuh dengan keluh seorang teman. Tentang kehidupannya, tentang masa depannya.. Oh Tuhan, kuatkan hatinya menjalani setiap ujianMu.. Lalu ku renung kembali perjalanan hidupku.. Tidak mudah aku rungkai segala rahsia, rahmat dah hikmah atas setiap ujian dan dugaan yang menimpaku.. Tidak mudah aku luahkan. Hingga kini, masih tersisa duka namun ku pujuk hati ini agar mensyukuri segalanya.. kerana aku tahu dan pasti, pasti ada yang lebih derita.. ada yang lebih perit dugaan hidupnya.. dan mungkin tidak terjangkau akal fikiranku.. Subhanallah.. apa lah sangat ujian ini berbanding balasan syurga Allah utk hamba2 yg taat padaNya? 

Buat sahabat2 fillah... sebenarnya hidup ini indah, andai segalanya bersandarkan Allah.. Allah sentiasa ada untuk kita.. Allah sentiasa di sisi, setia mendengar segala keluhan rasa di hati kita.. yakinlah pada Allah, bersangka baiklah pada Allah.. Tidak Allah timpakan sesuatu ujian melainkan yang termampu oleh hambaNya.. maka yakinlah kita akan berjaya mengharungi segalanya asalkan Allah sentiasa di hati kita.. dan pastilah tidak diketahui iman kita, andai hidup ini tidak ada ujian dariNya.. itulah janji Allah.. kerana Allah sayang maka dihadirkan ujian pada hambanya.. cuma kita yang tidak bersabar, cuma kita yang lupa, untuk apa ujian itu datang pada kita.. mengapa ujian itu dirasakan berat? dan mengapa Allah memilih kita mengharungi segala ujian ini? pastilah jawapannya adalah kerana Allah sayang kita.. dan hanya dengan kesabaran yang tinggi, dengan bersangka baik pada rahmat Allah, hati kita akan tenang menghadapi segalanya.. dan seandainya kita terasa tidak mampu, mengadulah pada Allah.. Allah sangat memahami.. tidak perlu dengan kata2 puitis berbunga.. hanya dengan titis air mata dan keluhan hati, Allah mampu mengerti.. maka pada Dialah kita serahkan segalanya.. Allah Maha Mengetahui, seperti mana dalam firmanNya ; "...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah: 216)
maka, berdoalah.. mohonlah pada Allah.. sesungguhnya Allah itu dekat dan memakbulkan doa hambaNya..
pintalah dengan setulus hati.. Telah Allah katakan;  
“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186).

Renungkan bersama, betapa banyak sebenarnya telah Allah pinjamkan nikmat kepada kita.. nikmat kesihatan, nikmat kekayaan...dan segala macam nikmat lagi.. lantas, andai ditarik segala udara dalam dunia ini, hilanglah nikmat Allah.. maka bersyukurlah.. kita masih diberi kesempatan, untuk merasai indahnya hidup ini dengan kesabaran.. itulah rahmat Allah.. yang tidak terbatas.. pastinya segala ujian dan setiap yang terjadi diselitkan seribu satu hikmah dan kebaikan.. tidak kah terasa rindu di hati kita untuk bertemu dengan Sang Pencipta yang telah terlalu banyak berbuat baik kepada kita? Tidak kah kita berasa malu, walau sebanyak mana kebaikan itu, kita masih mengingkari suruhanNya?
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah an-Nahl, ayat 18.)
Sama2lah kita beristighfar.. semoga Allah ampunkan segala kekhilafan masa lalu.. dan semoga dititipkan kekuatan untuk berhijrah meninggalkan laranganNya, kerana itulah sebaik2 hijrah.. Allah Maha Penyayang.. kembalilah kita pada jalan Allah..  semoga bicara ku ini mampu menyenangi hati sekalian teman, yang mungkin resah di hati mengharap keredhaan Robbnya.. sungguh iman di hatimu sahabat2 ku.. usahlah kita berputus asa dari rahmat Allah, kerna itu adalah pastinya satu kerugian. sekian bicaraku. Wallahualam. 



Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)





*****************************************************************
:: kaki ku semakin kuat berjalan, meneruskan hijrahku.. tidak terjangka aku mampu berjalan seperti ini.. semoga Allah tetapkan iman di hatiku, semoga tidak timbul rasa riak di hati ini.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Syukran Ya Robb..

~dan bermulalah kisah cinta imanku..... 


No comments:

Post a Comment