Wednesday, September 5, 2012

hati yang bercinta

dua hati yang bercinta
bercinta atas nama Robbnya
mencari keredhaan yang hakiki di dunia nyata
untuk bertemu lagi di syurga yang bahagia.

dua hati yang bercinta
walau terpisah raganya
mendiamkan rindu tiada bersua
mendoakan iman dan taqwa memandu jalannya.

dua hati yang bercinta
tidak bersumpah berjanji setia
kerana hati saling mengerti ketentuanNya
lalu bertawakallah hati pada janjiNya yang nyata.

dua hati yang bercinta
bersabar menanti hingga tiba waktunya
menjalani ujianNya tiada prasangka
surah cintaNya menjadi teman setia.

dua hati yang bercinta
hingga kini jejak memisah jasadnya
ilmu dan kalam Robbnya kini yang utama
supaya kelak menjadi panduan hidup berdua.


dua hati yang bercinta...
fahamilah, hayatilah, dan renungkan ia,
hakikat cinta itu dianugerahkan oleh Robbmu yang Esa,
agar ia dibajai, supaya kembangnya mekar, suburnya melata,
menjaga syariat yang mulia itu kunci bahagia redhaNya,
maka jangan berhenti mencintai Dia yang Berkuasa,
kerana hanya dengan cintaNya cinta itu bisa kekal pada yang haknya.

dan sulamkan anugerah cinta di hati itu dengan haruman iman dan taqwa,
agar si dia bisa menjadi yang soleh dan solehah dalam mahligaimu kelak,
menjadi serikandi agama pendamping perjuanganmu yang setia,
menjadi panglima syurga memandu jalan bidadari hatinya,
hadiah Robbnya pada hamba yang memberi cinta pada hati yang berhak.
di situ kelak terbentang luas nikmat bercinta kerana imannya semata.

*******************************************************

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.”(Riwayat Muslim)

******************************************************

1 comment: