Thursday, January 3, 2013

KEHEBATAN NAMA-NAMA ALLAH : الرَّحِيمُ (AR-RAHIM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

AR-RAHIM ~ MAHA PENYAYANG

Al-Quran diturunkan menjadi panduan, Rasul diutuskan sebagai ikutan..
Menyingkap hikmah di sebalik setiap kurniaan ALLAH TAALA kepada hambaNya, terlihat betapa luasnya lembayung rahmat dan kasih yang dilimpahkan. Seringkali Ar-Rahim digandingkan dengan Ar-Rahman dalam al-quran yang mana kedua2nya menunjukkan sifat rahmat bagi ALLAH SWT. AR-RAHMAN bererti memiliki sifat rahmat manakala AR-RAHIM adalah memberi rahmat kepada hamba2Nya. 

 إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ 
"Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang."
[Al-Baqarah :37]

Sebagai manusia, kita tidak terlepas dari dosa. Acap kali kita mengucap taubat, namun acap kali juga kita mengulangi dosa yang sama. Tetapi sedarkah kita, ALLAH SWT yang Maha Pengasih telah berjanji untuk menerima taubat hambaNya yang bersungguh-sungguh walau dosanya setinggi gunung? Begitulah kasihNya Sang Pencipta pada makhluknya. Maka alangkah ruginya mereka yang tidak ada sekelumit pun rasa untuk kembali ke jalan taubat.


ALLAH SWT turut berfirman di dalam Surah al-Ahzab tentang Ar-Rahim :

وَكَانَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًۭا
"Adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang beriman"


Kita lihat pula dari kisah Maryam, ibu kepada nabi Isa as. Atas kehendak dan kekuasaan ALLAH swt, Maryam hamil tanpa disentuh oleh seorang lelaki pun. Wanita suci ini akhirnya berhijrah keluar dari tanah Palestin kerana bimbang dengan cacian. Maryam tiba di suatu tempat yang tidak ada sumber air dan makanan. Maka setelah nabi Isa as dilahirkan, Maryam berasa sangat sedih kerana tidak ada air dan makanan untuk memulih tenaganya. Tubuh Maryam menjadi sangat lemah dan tidak bermaya.


Rentetan itu, ALLAH SWT telah memerintahkan malaikat Jibril a.s untuk datang bagi menenangkan Maryam dan menyampaikan khabar gembira bahawa di bawah kakinya terdapat air yang mengalir serta terdapat pohon kurma yang telah masak. Akhirnya Maryam pun kembali ke kampung halamannya setalah benar2 sihat dengan perlindungan daripada ALLAH SWT. 

Setibanya di kampung halaman, Maryam dikerumuni oleh ahli keluarganya. Mereka telah memarahi Maryam dan mengganggap wanita mulia ini telah mencemar nama baik keluarga. Atas kuasa ALLAH, Nabi Isa as yang masih bayi itu bersuara:


“Aku adalah hamba Allah. Dia memberiku kitab Injil dan menjadikan aku seorang nabi. Aku sentiasa diberkati. Aku diperintahkan mendirikan solat dan menunaikan zakat selagi aku masih hidup. Aku akan berbakti kepada ibuku dan tidaklah aku dijadikan sebagai orang yang sombong. Moga aku sejahtera pada hari aku dilahirkan, ketika meninggal dunia dan ketika dibangkitkan semula.”

[Surah Maryam :30-31]

Maka kata2 nabi Isa as ini telah membersihkan nama ibunya daripada fitnah keluarganya sendiri. Dapat kita lihat dari kisah ini, bahawa ALLAH SWT sangat mengasihi hambaNya yang beriman. Sama2 kita hayati dan renung kembali setiap kalimah cinta dan janji Allah di dalam kitabnya. Alangkah beruntungnya orang-orang yang beriman, kerana Allah sentiasa melindungi mereka dengan rahmat yang tidak putus-putus sehingga ke Hari Kebangkitan kelak. 

~wallahu'alam~

*******************************************************************
admin masih di kolej, ditahan housemte xbg balik.^^ Alhamdulillah, semakin hari semakin cinta kepada mereka. Makan bersama, solat bersama, riadah bersama, n tidur pun bersama (lain katil dan bantal)..  agak sedih sem depan xdpt dok serumah lg. kak has, i can never find a person who is so sweet like you. how i wish to be your sister forever, uhibbuki ya ukhti! sabrina, you are such a cute girl, your presence in this house is such a great gift from ALLAH. thanks for listening to me. you're really good to cheer people up. ^^. Jannah, you have such a great name, i hope too see you again in His Jannah. be a good girl when we're not around yea. ( tulis mcm diorg baca =.=')
these 3 ladies, i just want to let you know, that we will forever be sisters, no matter how, n you can always come here to KAB n pay us a visit. May Allah bless our ukhwah. Amiin... ^_^

*******************************************************************
rujukan:
~tafsir al-Quran Darul Iman
~MENYINGKAP KEHEBATAN NAMA-NAMA ALLAH:
 di sebalik kisah hikmah berpandukan Al -Quran dan As-Sunnah
 terbitan TELAGA BIRU

Wednesday, January 2, 2013

KEHEBATAN NAMA-NAMA ALLAH : الرحمن (AR-RAHMAN)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan nama Allah Yang Maha MERAHMATI, lagi Maha Penyayang. 

AR-RAHMAN~MAHA MERAHMATI 

In syaa ALLAH, kita teruskan kembara cinta dengan menyingkap kemuliaan nama ALLAH yang seterusnya; Ar-Rahman yakni Yang Maha Merahmati. 

AR-RAHMAN membawa kepada definisi yang sangat mulia, yakni ALLAH SWT memiliki sifat rahmat yang amat meluas dan tiada batasannya kepada semua makhluk ciptaanNya. Segala apa yang ada di bumi mahupun di langit, segala rasa kecintaan, kegembiraan dan kebaikan adalah datang daripada rahmat ALLAH SWT.

Begitu juga apabila kita dijauhkan dpd azab dan malapetaka, jauh dpd perasaan benci, takut, perkara2 yang bahaya dan mudarat, dan apa jua bentuk perkara negatif, segalanya adalah pengaruh daripada ALLAH SWT. 

Di sini dapat kita simpulkan bahawa ALLAH datangkan kepada kita segala kebaikan dengan kuasaNya, dan dengan kuasaNya jua kita dijauhkan daripada bahaya. Hanya Allah yang mampu dan berkuasa atas kurniaan setiap kebaikan dan keburukan. ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Merahmati. 

Terpetik satu kisah tentang Nabi Ibrahim as. Baginda merupakan seorang yang suka menjamu makan kepada orang lain tidak kira siapa. Pada suatu hari, baginda berniat untuk menjamu makan kpd seorang lelaki tua. Namun, niatnya itu dibatalkan selepas mengetahui bhw org tua tersebut bukan seorang muslim. Maka baginda ditegur oleh ALLAH SWT. “Hai Ibrahim! Aku memberinya rezeki sepanjang umurnya, walaupun dia kafir. Sedangkan engkau, hanya untuk makan sekali saja telah berbuat begitu kepadanya”. 

Turunnya ayat ini menyedarkan Nabi Ibrahim akan kesilapannya. Baginda lalu mengejar lelaki tua itu ke tempatnya untuk dijamu. Melihat ini, lelaki itu menjawab; “Tuhan yang menegur NabiNya kerana orang kafir, maka Dialah Tuhan lebih berhak disembah”. Dengan itu, lelaki tersebut menyatakan keimanannya kpd ALAAH SWT. SUBHANALLAH!!

Maka dapat kita saksikan melalui teladan sirah ini sendiri, dengan mengambil ibrah daripadanya, kita wajib mengimani ALLAH sebagai Ar-Rahman setelah segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Allah memberi rezeki kepada hambaNya tanpa membeza-bezakan antara satu dengan yang lain. 


Tersebut dalam Surah Ar-Rahman, antara ayat al-Quran kegemaran hati,       "فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” yang terulang sebanyak 31 kali dalam surah tersebut.

Bersamalah kita muhasabah kembali, atas segala nikmat yang kita kecapi di dunia ini, apakah balasan kita kepada Pemberi mutlak yang hakiki ini? Adakah kita mensyukuri setiap sudut nikmat diberi? 

Tepuk dada, pujuk hati untuk terus belayar dalam lautan cinta iman. Kerana dengan keimanan yang teguhlah kita akan mampu bertahan untuk terus menyintai yang Maha Merahmati. 

~wallahu’alam~



***************************************************************
Admin dah habes paper hari ni. Alhamdulillah.
xsbr nak kembali ke pangkuan bonda dan ayahanda tercinta,
melepas rindu, memulih tenaga di baiti jannati sebelum 
bergerak kerja semula di bumi murobbi. 
OO Allah, pls make it easy for me. Amin Ya Robb.
-end of sem 5-
***************************************************************
rujukan:
~tafsir al-Quran Darul Iman
~MENYINGKAP KEHEBATAN NAMA-NAMA ALLAH:
di sebalik kisah hikmah berpandukan Al -Quran dan As-Sunnah
terbitan TELAGA BIRU