Monday, March 26, 2012

seorang muslimah~



Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati


Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati



******************************************************


Ya Allah, tidak tertahan air mata ini
Dan Kau jua maha mengetahui getar hatiku,
maka kuatkanlah hati ini ya Allah,
untuk terus bermujahadah, meraih redha cintaMu

jadikanlah aku seorang muslimah yang lebih baik dari semalam ya Allah.
mengabdikan diri hanya untukMu.
kuatkan hatiku meninggalkan segala yg Kau murka
teguhkan imanku beristiqamah dengan amal Kau redha..
kerana semakin hatiku yakin padaMu ya Allah,
telah kau canangkan yang terbaik untuk hambaMu..

ya Allah, izinkan aku menjadi seorang bidadari dunia
yg menjadi ketua bidadari di syurgaMu kelak
hanya pada yang berhak ke atasku ya Allah..
semoga hati ini redha dengan setiap ketentuanMu..
Allahumma amin..

1 comment: