Showing posts with label #skriphati. Show all posts
Showing posts with label #skriphati. Show all posts

Friday, November 14, 2014

Jagalah dirinya~

Mata kau berhentilah menangis
Jemari kesatkan pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana dia takkan kembali

Takdir mengubah hubungan ia
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya

Jiwa walaupun terpisah dua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bekal ke nafas terakhir

Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya~





Monday, December 10, 2012

penyelesaiannya....

usah dipendam perasaan itu, Allah kan ada.
diam sorg2 makan diri buat apa, Allah kan ada.
cerita kat manusia pun dia takkan faham perasaan hati, Allah kan ada.
tapi biar ambil masa tenangkan hati, pulihkan smgt dan kesihatan diri..
sebab Allah sentiasa ada...

:: maaf shbt2, rasa bersalah tidak punya kudrat brsama2 brgerak kerja di sana.
Kesihatan tidak mengizinkan. Doakan ana di sini. 

>semoga Allah terus memberi kekuatan pada hati<
#rimaskerjatergendalaakibatbuangmasa#
menangissendirisendiri


BILA KITA MUDAHKAN KERJA ORG LAIN, IN SYAA ALLAH, ALLAH AKAN MUDAHKAN KERJA KITA.BILA KERJA KITA JADI SULIT, MAKNANYA MUNGKIN KITA ADA SULITKAN KERJA ORANG LAIN. DAN ALLAH MASIH LAGI INGIN MENGUJI.TERUSKAN BERSANGKA BAIK, TIADA RUGINYA. [pujuk hati, pujuk hati]

Thursday, October 11, 2012

doa dari hati


Mata berkaca, hati kecewa..
Kecewa pada diri sendiri hambaNya yang hina,
Betapa banyak dosa ditimba, amal dilupa..

Malu..
Malu pada Allah Yang Esa,
Betapa banyak nikmat dikurnia,
Masih leka dengan dunia..

Pilu..
Hati mengaku rindu namun lemah menzahirkan,
Ke mana amal hanya ilmu yang diteorikan
Tidak sedarkah lagi hati, apa yang akan disoalkan?

**********************************************
Ya Allah, izinkan aku terus merindui sentuhanMu..
Izinkan aku menjaga hati ini untuk menggapai redhaMu
Izinkan aku Ya Azim, mentarbiah hati mengikut sebenar2 syariatMu
Maka lindungilah aku Ya Allah..
Sungguh ujian dunia penuh muslihat,
Mengaburi iman dengan nikmat dunia.

::rindupadaniqab::













Astaughfirullahalazim..
Astaughfirullahalazim..
Astaughfirullahalazim..

Wednesday, September 5, 2012

hati yang bercinta

dua hati yang bercinta
bercinta atas nama Robbnya
mencari keredhaan yang hakiki di dunia nyata
untuk bertemu lagi di syurga yang bahagia.

dua hati yang bercinta
walau terpisah raganya
mendiamkan rindu tiada bersua
mendoakan iman dan taqwa memandu jalannya.

dua hati yang bercinta
tidak bersumpah berjanji setia
kerana hati saling mengerti ketentuanNya
lalu bertawakallah hati pada janjiNya yang nyata.

dua hati yang bercinta
bersabar menanti hingga tiba waktunya
menjalani ujianNya tiada prasangka
surah cintaNya menjadi teman setia.

dua hati yang bercinta
hingga kini jejak memisah jasadnya
ilmu dan kalam Robbnya kini yang utama
supaya kelak menjadi panduan hidup berdua.


dua hati yang bercinta...
fahamilah, hayatilah, dan renungkan ia,
hakikat cinta itu dianugerahkan oleh Robbmu yang Esa,
agar ia dibajai, supaya kembangnya mekar, suburnya melata,
menjaga syariat yang mulia itu kunci bahagia redhaNya,
maka jangan berhenti mencintai Dia yang Berkuasa,
kerana hanya dengan cintaNya cinta itu bisa kekal pada yang haknya.

dan sulamkan anugerah cinta di hati itu dengan haruman iman dan taqwa,
agar si dia bisa menjadi yang soleh dan solehah dalam mahligaimu kelak,
menjadi serikandi agama pendamping perjuanganmu yang setia,
menjadi panglima syurga memandu jalan bidadari hatinya,
hadiah Robbnya pada hamba yang memberi cinta pada hati yang berhak.
di situ kelak terbentang luas nikmat bercinta kerana imannya semata.

*******************************************************

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.”(Riwayat Muslim)

******************************************************

Sunday, July 8, 2012

jatuh hati~

"Ya Rahman.. Berkatilah usia kami agar sentiasa dalam ketaatan. Rahmatilah hidup kami agar sentiasa dalam keampunan. Sampaikanlah salam penuh kerinduan buat nabi junjungan serta jadikanlah kami teman... Yang berada di sisi Rasul-Mu di taman kenikmatan."

"Ya Rahman.. jadikanlah diri ini permata ayah bonda. Jadikan diri ini penyejuk mata mereka.. Jadikan diri ini penghibur lara mereka. Engkau kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sedari kecil hingga dewasa. Engkau redhailah mereka dan jadikan diri mereka redha padaku agar redhaMu jua sampai kepadaku."

"Ya Rahmanu Ya Rahim.. permudahkanlah langkah kami agar sentiasa ingin dekat denganMu. Berikanlah kami kekuatan dan kesihatan untuk sentiasa sujud kepadaMu.. Agar terdidik hati ini untuk sentiasa bersyukur dengan limpah RahmatMu. Jadikanlah jiwa ini sentiasa rindu dengan sentuhan kasih sayangMu. Jadikanlah lidah kami lembut dan tiada jemu menyebut namaMu malah rasa terhibur dengan membaca alunan kalamMu."

"Ya Allahu Ya Kareem.. Istiqamahkanlah setiap apa yang telah kami persembahkan... Engkau redhailah setiap apa yang telah kami lakukan.. Ampunilah segala dosa yang telah kami perbuatkan serta masukkanlah kami di kalangan mereka yang Engkau Rahmati dan Redhai.. Sungguh tiada daya kami melainkan Engkau yang Maha Pengampun jua Maha Pengasih."

*http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4734-tiga-golongan-yang-rugi.html*

*****************************************************

"Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata:"Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu". Aku mengucap:"Amin". "Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak dimasukkan ke syurga". Aku berkata:"Amin". Jibril berkata lagi:"Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya". Lalu aku mengucapkan:"Amin". -Riwayat Imam Ahmad


Ya Allah, tunjukkanlah hati itu jalan redhaMu..





Friday, July 6, 2012

surah Al-Shaf : 2


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ

"Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?"

(Al-Shaf:2)


:: manusia suka berkata-kata, tanpa melakukan apa yang diperkatakan. "cakap xserupa bikin".
astaughfirullahalazim.. muhasabah diri. what i always said to people is what i really wanted to do, and i am actually reminding myself. Ya Allah, thabatkan hatiku.. Jangan Kau letakkan aku dalam golongan yang Kau murka Ya Rahman.

Thursday, July 5, 2012

a thousand years


Heartbeats fast 
Colors and promises 
How to be brave 
How can I love when I'm afraid to fall 
But watching you stand alone 
All of my doubt suddenly goes away somehow 
One step closer 

I have died everyday waiting for you 
Darling don't be afraid I have loved you 
For a thousand years 
I love you for a thousand more 


Time stands still
Beauty in all she is 
I will be brave 
I will not let anything take away 
What's standing in front of me 
Every breath 
Every hour has come to this 
One step closer 

I have died everyday waiting for you 
Darling don't be afraid I have loved you 
For a thousand years 
I love you for a thousand more 

And all along I believed I would find you 
Time has brought your heart to me 
I have loved you for a thousand years 
I love you for a thousand more 

One step closer 
One step closer 

I have died everyday waiting for you 
Darling don't be afraid I have loved you 
For a thousand years 
I love you for a thousand more 

And all along I believed I would find you 
Time has brought your heart to me 
I have loved you for a thousand years 
I love you for a thousand more

*******************************************

~sampaikan kami pada penghujung cinta yang Kau redhai Ya Robb~

:: tribute to my beloved nephew and him ::


Sunday, June 3, 2012



rayyan rayhan

************************************************************
:: speechless.. we miss him so much.. 


Tuesday, May 29, 2012

regaining strength~

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaranMu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

****************************************************************

Alhamdulillah.. thank you Allah.. =)