Thursday, December 8, 2011

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi.


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

.
.
Matahari kian tinggi, tetapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.
Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, aku tidak pernah melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

.
.
Malaikat maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tetapi itu masih tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan – lahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, sungguh sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
“Ya Allah, sungguh dahsyat azab maut ini, timpakan sahaja semua siksa maut ini kepadaku, janganlah pada umatku”.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangisan mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
”Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku..

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Sumber: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/detik-detik-rasulullah-saw-menghadapi-sakaratul-maut/#ixzz1g0mYVNtI



**************************************************************************
hati bergetar, bergenang air mata.. Ya Rasulullah, ku pohon syafaatmu.. 
namun terasa malu seakan iman dan amal tidak seiring sunnahmu..

Ya Allah, pujuklah hati ini saat kalamMu ku bacakan, 
sentuhlah hati ini, sesungguhnya rahmatMu Maha Meluas..
sinar hidayahMu yg kudamba jgn samarkan..

terang NurMu jgn silaukan..
kerdhaanMu jua yg kumaksudkan...








Monday, November 14, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ini entah mengapa hati sedikit gusar
Ttg sesuatu yang tidak pasti
Hati menjadi tidak tenteram
Lantas ku capai naskah kitab suci itu
Hanya itu yg mampu menenangkan


Ku selami dan hayati ayat-ayat indah
Ternyata Dia amat mencintai hambaNya
Kata kata peringatan juga telah diberi
Seruan mentaati juga telah berulang acap kali
dan kita hambaNya jualah yang tidak menghargai




















Cinta itu fitrah insani
Cinta itu selalu di hati
Tapi cinta itu perlu dibajai
Agar sentiasa subur dan mekar mewangi
Ya Robbul 'Izzati pandulah hatiku ini


Sehingga kini ku masih mencari
Siapakah dia yg mengetuk pintu di hati
Untuk bersama meraih cinta hakiki
Terlihat bayang namun tak pasti
Ya Allah kuatkan iman yg lemah ini.


Lewat ini hati semakin teruji 
Tuhan, tidak ku pinta jadi begini
keredhaanMu ku dambakan
hanya bahagia ku harapkan di pengakhiran
semoga dia hadir dgn penuh kerahmatan


dan aku masih menanti kini
andai esok dia hadir membuka pintu hati
izinkanlah Ya Robb, hati kami bersatu
hanya dengan redhaMu..


dan terima kasih tuhan
mukjizat teragung kau kurniakan kpd nabi junjungan kami
sesungguhnya amat mendamaikan hati..
lapangkanlah hatiku dalam jihadku mencari ilmu yg diberkati
syukurku masih punya kesempatan tersenyum lagi... 


Allahumma amin, terimalah kata cinta hati kecilku ini..


**********************************************************************


(^^,)


*inspired to write this based from the meaningful Doa Rabitah. Special thanks to a friend of mine whom never feel bored to remind me of Allah, the sunnah of Rasullullah, and a great piece of ayatul Quran. Subahanallah..  



Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu

Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
SyariatMu di alam maya
Maka Ya Allah
Eratkanlah ikatan yang ada
Kekalkanlah kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Penuhkanlah dengan cahayaMu
Tiada malap terangi alamMu
Hidup suburkanlah dengan makrifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai Syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia…



**
Ya Allah, titipkan kemesraan hati-hati kami
yang ingin bersatu meraih cintaMu yg agung
ikhlaskan hati kami dalam persahabatan hanya keranaMu
sandarkan segala niat kami dengan namaMu 
dan matikanlah kami sbg hamba yg beriman kpdMu..




**************************************************




kepada seorang teman, kau sumber kekuatan. terima kasih sudi hadir di hati. hidup berpandukan syariat. semoga Allah melindungimu dunia dan akhirat, InsyaAllah. 

Tuesday, November 1, 2011

Hati rindu

Ya Allah Tuhan sekalian alam
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Ya Allah Tuhan Yang Maha Memahami lagi Maha Mengetahui...

Hati ini tidak kufahami
Apakah punca sayu terasa
Saat Kau uji jalanku penuh duri
Cuba kufahami namun tersungkur lagi..

Hati ini tidak kufahami
Mengapa sering merintih sendiri
Kala sunyi aku sendiri
Menanggung duka luka terpendam
Tidak ku sedari Kau di sisi..

Hati ini tidak kufahami
Ikhlas cinta itu tidak kurasai
Manisnya iman itu belum ku nikmati
Ya Allah pimpinlah hatiku ini

Ya Allah...
Hati ini masih mencari
Kala ini kurindu hangat sentuhanMu 
Peganglah erat hatiku Tuhan
Jangan Kau lepas tali cinta ini,
Akan terus kucari cahaya jalanMu.

Ya Allah Penentu cintaku,
Bantulah hambaMu ini,
Mencapai impian selepas mati
Rindu menggunung menjadi Hawa syurgawi
Tiada lain yang membahagiakan hati..

Tuhanku..
Sungguh hatiku ini, diriku ini, jasadku ini, rohku ini,
Sangat merindui cintaMu..

*malam ini hati menangis lagi, dosa lalu tidak ingin ku ulangi lagi..





Sunday, October 16, 2011

Aurat~

Bismillahirrahmanirrohim.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

**************************************************************

Ada insan.. hatinya merasakan gundah.. Resah menyelimuti diri..
Ada insan, sering mengingatkan diri.. "Pakaian, cerminan peribadi.. Peribadi cerminan iman di hati.. Seharusnya aurat ini dilindungi dr pndgn ajnabi.."
Ada insan, sering hatinya kuat mencari.. Mencari hidayah dlm nurNya yg maha meluas.. Namun hatinya sering tewas, godaan dan hasutan yg tdk putus selalu cuba mengaburi..
Ada insan., kala hati semakin kuat mengharungi rintangan laluan hijrahnya, masih ada yg cuba melemahkan..
Ada insan, hatinya sekadar ingin memenuhi tuntutan Ilahi, melindungi auratnya sedaya yg mampu..
namun.....



**************************************************************

hari ini, hati sgt tersentuh.. sungguh Allah masih mahu menguji iman di hati.. Alhamdulillah.. tanpa ujian, tak terujilah iman..

**ditegur kerana memakai baju labuh dlm suatu majlis.. *protokol*
 InsyaAllah, akan cuba lagi menyesuaikan penampilan diri di semua situasi..pastinya dgn yg diredhai Ilahi..

***************************************************************


Ada insan, semakin kuat hatinya ingin membaiki diri...
Ada insan, berjanji tidak akan mengulang lagi kejahilan silam..
Ada insan, saat ini hatinya sayu sekali mereka yg lain tidak memahami dan hanya menilai sekadar luaran..
Ada insan, menyedari banyaknya kelemahan dan ketidaksempurnaan..
Ada insan, berdoa lagi pd Penciptanya, agar hatinya dipenuhi rasa cinta dan iman..
Ada insan, diizinkan lagi bernafas di bumi fana, utk mencari yg hakiki..



*************************************************************************

**Ya Allah, wujudkan rasa kehambaanku, rasa cintaku, rasa rinduku, hanya untukMu..


p/s: hati bergetar tiap kali melihat wanita anggun berniqab.. 
      mungkinkah akn diizinkan bernafas lagi, menjadi seorg serikandi mulia utk 
      Ar-Rijal pilihan RobbNya??  


**teringat sebuah hadis :

Sebuah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :

" Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini tujuh puluh kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah S.W.T untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketaw
a."
   

**nah, tidakkah gentar hatimu?? Tuhan ampunkanlah dosaku..
Ya Rahman, Ya Rohim, hati merasa sangat rindu.. sentuhlah lagi hatiku.. 

Wednesday, September 14, 2011

mensyukuri nikmatNya..


Assalamualaikum wbt.. 
*sekadar perkongsian renungan bersama ^_^
-dipetik dpd sumber akuislam.com

*******************************************************************
Orang Islam itu tidak ajaib. Tetapi, orang beriman diiktiraf sebagai menakjubkan. Kenapakah orang beriman mencapai tahap yang menakjubkan?
Hal ini kerana mereka mampu melalui segenap liku kehidupan dengan tabah dan ketenangan.
Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia berSYUKUR. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” Hadith riwayat Muslim.

Suatu kisah.......
BAGINDA Rasulullah s.a.w akan menampal sendiri pakaiannya yang koyak tanpa perlu menyuruh isterinya, malah Baginda juga memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk di jual.
Setiap kali Baginda balik ke rumah dan dilihatnya tiada makanan yang siap untuk dimakan, Baginda tersenyum sambil menyinsing lengan baju bagi membantu isterinya di dapur. Sayidatina Aisyah pernah menceritakan bahawa baginda selalu membantu urusan rumahtangga.
Jika mendengar azan, Baginda akan cepat-cepat berangkat ke masjid dan segera pulang selepas bersembahyang.
Pernah pada suatu pagi Baginda pulang ke rumah dengar lapar sekali. Tetapi dilihatnya tiada makanan untuk dibuat sarapan. Makanan yang mentah pun belum ada kerana Sayidatina Aisyah belum lagi ke pasar.
Lalu Baginda bertanya “belum ada sarapan Ya Khumaira?”. Khumaira adalah panggilan manja untuk Sayidatina Aisyah yang bermaksud wahai yang kemerah-merahan. Sayidatina Aisyah menjawab dengan serba salah “belum ada apa-apa Ya Rasulullah”.
Mendengar jawapan Sayidatina Aisyah, Baginda pun berkata “jika begitu aku berpuasa hari ini” tanpa sedikitpun tergambar perasaan kesal di wajah Baginda.
Sebaliknya Baginda sangat marah sekiranya melihat seorang suami mengkasari isterinya. Pernah diceritakan pada suatu hari Baginda melihat seorang suami memukul isterinya.
Baginda lalu bertanya “mengapa engkau memukul isterimu?”.
Soalan itu di jawab oleh si suami dengan gementar “isteriku seorang yang keras kepala, walaupun telah di berikan nasihat tetapi dia masih berdegil, jadi aku pukul dia”.
Sahut Baginda “Aku tidak bertanya alasanmu tetapi menanyakan kenapa engkau sanggup memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu”.
Pernah Baginda bersabda “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya”.
Sebenarnya sikap Baginda yang prihatin, sabar dan tawadhuk di dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pernah pada suatu ketika, Baginda mengimamkan solat, dilihat oleh para sahabat pergerakan Baginda dari satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Malah mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-seolah bunyi sendi Baginda Rasulullah sedang bergesel diantara satu sama lain.
Setelah selesai sembahyang, Sayidina Umar yang tidak tahan melihat Baginda lalu bertanya“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan hamba sedang menanggung penderitaan yang amat berat, adakah tuan hamba sedang sakit?”.
Lalu baginda menjawab “tidak Umar, Alhamdulillah aku sihat dan segar”.
Umar yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut terus bertanya “kalau tuan hamba sihat, kenapa setiap kali menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi tuan hamba sedang bergeselan”.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terperanjat. Perut Baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang mengandungi batu-batu kerikil bagi menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menerbitkan bunyi setiap kali Baginda menggerakkan tubuhnya.
Para sahabat yang tadinya terperanjat terus bertanya “Ya Rasulullah, adakah tuan hamba fikir bila menyatakan lapar dan tiada makanan, maka kami tidak akan membawanya”.
Lalu baginda menjawab dengan lembut “tidak para sahabatku, aku tahu apapun akan kamu korbankan dengan seorang Rasulmu, tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti kerana aku sebagai seorang pemimpin menjadi beban kepada umatnya”.
Baginda menambah “biarlah kelaparan ini menjadi hadiah Allah buatku agar umatku kelak tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak”.
Sebab itulah Baginda tidak pernah merasa malu walaupun makan di sebelah seorang tua yang miskin, kotor dan dipenuhi dengan kudis.
Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri baginda menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah langsung tidak dijadikan alasan untuk merasa lebih daripada orang lain di depan orang ramai mahupun ketika bersendirian.
Walaupun pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk Baginda tetapi Baginda masih lagi berdiri di malam-malam sepi untuk terus beribadah kepada Allah. Pernah Baginda terjatuh kerana kaki-kakinya bengkak oleh sebab terlalu lama berdiri. Fizikalnya sudah tidak mampu lagi menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
Apabila ditanya oleh Sayidatina Aisyah “Ya Rasulullah, bukankah tuan hamba telah di jamin syurga. Mengapa tuan hamba masih bersusah payah sebegini?”.
Baginda menjawab dengan tenang “Ya Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba. Sesungguhnya aku ingin menjadi seorang hambaNya yang bersyukur.”

********************************************************************
Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui tiap sesuatu yg terbaik utk hambaNya.. maka bersyukurlah apa adanya.. sungguh rahmat Allah sgt meluas di setiap ujian.. percayalah setiap ketentuan, qada dan qadarNya.. kerana di situlah teras iman.. ada kala ujian itu juga memeritkan, pahit utk ditelan.. tetapi di situ juga sbnrnya terdapat suatu keindahan, dgn kesabaran dptlah dirasai indah dan manisnya iman.. berbahagialah dgn janji Allah yg pastinya terbaik telah tersuratkan di Luh Mahfuz.. bersangka baiklah pada Allah,  syukurilah segala nikmat, setiap hembusan nafas dipinjamkan, biarlah berbaloi jika disoal di akhirat kelak.. InsyaAllah..

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” 
QS 13:11

*sekadar perkongsian.. Semoga Allah melindungi hati ini..