Tuesday, November 1, 2011

Hati rindu

Ya Allah Tuhan sekalian alam
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Ya Allah Tuhan Yang Maha Memahami lagi Maha Mengetahui...

Hati ini tidak kufahami
Apakah punca sayu terasa
Saat Kau uji jalanku penuh duri
Cuba kufahami namun tersungkur lagi..

Hati ini tidak kufahami
Mengapa sering merintih sendiri
Kala sunyi aku sendiri
Menanggung duka luka terpendam
Tidak ku sedari Kau di sisi..

Hati ini tidak kufahami
Ikhlas cinta itu tidak kurasai
Manisnya iman itu belum ku nikmati
Ya Allah pimpinlah hatiku ini

Ya Allah...
Hati ini masih mencari
Kala ini kurindu hangat sentuhanMu 
Peganglah erat hatiku Tuhan
Jangan Kau lepas tali cinta ini,
Akan terus kucari cahaya jalanMu.

Ya Allah Penentu cintaku,
Bantulah hambaMu ini,
Mencapai impian selepas mati
Rindu menggunung menjadi Hawa syurgawi
Tiada lain yang membahagiakan hati..

Tuhanku..
Sungguh hatiku ini, diriku ini, jasadku ini, rohku ini,
Sangat merindui cintaMu..

*malam ini hati menangis lagi, dosa lalu tidak ingin ku ulangi lagi..





No comments:

Post a Comment