Sunday, October 16, 2011

Aurat~

Bismillahirrahmanirrohim.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

**************************************************************

Ada insan.. hatinya merasakan gundah.. Resah menyelimuti diri..
Ada insan, sering mengingatkan diri.. "Pakaian, cerminan peribadi.. Peribadi cerminan iman di hati.. Seharusnya aurat ini dilindungi dr pndgn ajnabi.."
Ada insan, sering hatinya kuat mencari.. Mencari hidayah dlm nurNya yg maha meluas.. Namun hatinya sering tewas, godaan dan hasutan yg tdk putus selalu cuba mengaburi..
Ada insan., kala hati semakin kuat mengharungi rintangan laluan hijrahnya, masih ada yg cuba melemahkan..
Ada insan, hatinya sekadar ingin memenuhi tuntutan Ilahi, melindungi auratnya sedaya yg mampu..
namun.....



**************************************************************

hari ini, hati sgt tersentuh.. sungguh Allah masih mahu menguji iman di hati.. Alhamdulillah.. tanpa ujian, tak terujilah iman..

**ditegur kerana memakai baju labuh dlm suatu majlis.. *protokol*
 InsyaAllah, akan cuba lagi menyesuaikan penampilan diri di semua situasi..pastinya dgn yg diredhai Ilahi..

***************************************************************


Ada insan, semakin kuat hatinya ingin membaiki diri...
Ada insan, berjanji tidak akan mengulang lagi kejahilan silam..
Ada insan, saat ini hatinya sayu sekali mereka yg lain tidak memahami dan hanya menilai sekadar luaran..
Ada insan, menyedari banyaknya kelemahan dan ketidaksempurnaan..
Ada insan, berdoa lagi pd Penciptanya, agar hatinya dipenuhi rasa cinta dan iman..
Ada insan, diizinkan lagi bernafas di bumi fana, utk mencari yg hakiki..



*************************************************************************

**Ya Allah, wujudkan rasa kehambaanku, rasa cintaku, rasa rinduku, hanya untukMu..


p/s: hati bergetar tiap kali melihat wanita anggun berniqab.. 
      mungkinkah akn diizinkan bernafas lagi, menjadi seorg serikandi mulia utk 
      Ar-Rijal pilihan RobbNya??  


**teringat sebuah hadis :

Sebuah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :

" Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini tujuh puluh kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah S.W.T untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketaw
a."
   

**nah, tidakkah gentar hatimu?? Tuhan ampunkanlah dosaku..
Ya Rahman, Ya Rohim, hati merasa sangat rindu.. sentuhlah lagi hatiku.. 

1 comment:

  1. sahabatku fillah...

    smg ALLAH terus memberikanmu kekuatan dlm mujahadah ini..moga stiap hasratmu d kabulkan..moga bertemu dgn apa yg d cari..
    insyaallah..

    sntiasa yakin dan terus yakin..ALLAH tdk pernah mensia-siakan hajat baik hambaNYA..

    moga kau turut d miliki mujahid perindu mardhatillah....allahumma amin..insyaallah..^_^

    ReplyDelete