Wednesday, January 25, 2012

Wednesday, January 18, 2012

Luasnya Rahmat Allah!!


Dimulakan dgn bismillah.. semoga tulisan kali ini memberikan sedikit cetusan semangat buat sahabat2 fillah.. dan juga diriku sendiri.. semoga kita tidak akan pernah berputus asa dari rahmat Allah..

*************************************************************

Terdiam aku.. terdetik di kalbu, mensyukuri segala nikmat Allah pinjamkan.. Subhanallah.. baiknya Allah pada diri ini... Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini yang selalu mengabaikanMu..

Semalam, hati sangat tersentuh.. tersentuh dengan keluh seorang teman. Tentang kehidupannya, tentang masa depannya.. Oh Tuhan, kuatkan hatinya menjalani setiap ujianMu.. Lalu ku renung kembali perjalanan hidupku.. Tidak mudah aku rungkai segala rahsia, rahmat dah hikmah atas setiap ujian dan dugaan yang menimpaku.. Tidak mudah aku luahkan. Hingga kini, masih tersisa duka namun ku pujuk hati ini agar mensyukuri segalanya.. kerana aku tahu dan pasti, pasti ada yang lebih derita.. ada yang lebih perit dugaan hidupnya.. dan mungkin tidak terjangkau akal fikiranku.. Subhanallah.. apa lah sangat ujian ini berbanding balasan syurga Allah utk hamba2 yg taat padaNya? 

Buat sahabat2 fillah... sebenarnya hidup ini indah, andai segalanya bersandarkan Allah.. Allah sentiasa ada untuk kita.. Allah sentiasa di sisi, setia mendengar segala keluhan rasa di hati kita.. yakinlah pada Allah, bersangka baiklah pada Allah.. Tidak Allah timpakan sesuatu ujian melainkan yang termampu oleh hambaNya.. maka yakinlah kita akan berjaya mengharungi segalanya asalkan Allah sentiasa di hati kita.. dan pastilah tidak diketahui iman kita, andai hidup ini tidak ada ujian dariNya.. itulah janji Allah.. kerana Allah sayang maka dihadirkan ujian pada hambanya.. cuma kita yang tidak bersabar, cuma kita yang lupa, untuk apa ujian itu datang pada kita.. mengapa ujian itu dirasakan berat? dan mengapa Allah memilih kita mengharungi segala ujian ini? pastilah jawapannya adalah kerana Allah sayang kita.. dan hanya dengan kesabaran yang tinggi, dengan bersangka baik pada rahmat Allah, hati kita akan tenang menghadapi segalanya.. dan seandainya kita terasa tidak mampu, mengadulah pada Allah.. Allah sangat memahami.. tidak perlu dengan kata2 puitis berbunga.. hanya dengan titis air mata dan keluhan hati, Allah mampu mengerti.. maka pada Dialah kita serahkan segalanya.. Allah Maha Mengetahui, seperti mana dalam firmanNya ; "...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah: 216)
maka, berdoalah.. mohonlah pada Allah.. sesungguhnya Allah itu dekat dan memakbulkan doa hambaNya..
pintalah dengan setulus hati.. Telah Allah katakan;  
“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186).

Renungkan bersama, betapa banyak sebenarnya telah Allah pinjamkan nikmat kepada kita.. nikmat kesihatan, nikmat kekayaan...dan segala macam nikmat lagi.. lantas, andai ditarik segala udara dalam dunia ini, hilanglah nikmat Allah.. maka bersyukurlah.. kita masih diberi kesempatan, untuk merasai indahnya hidup ini dengan kesabaran.. itulah rahmat Allah.. yang tidak terbatas.. pastinya segala ujian dan setiap yang terjadi diselitkan seribu satu hikmah dan kebaikan.. tidak kah terasa rindu di hati kita untuk bertemu dengan Sang Pencipta yang telah terlalu banyak berbuat baik kepada kita? Tidak kah kita berasa malu, walau sebanyak mana kebaikan itu, kita masih mengingkari suruhanNya?
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah an-Nahl, ayat 18.)
Sama2lah kita beristighfar.. semoga Allah ampunkan segala kekhilafan masa lalu.. dan semoga dititipkan kekuatan untuk berhijrah meninggalkan laranganNya, kerana itulah sebaik2 hijrah.. Allah Maha Penyayang.. kembalilah kita pada jalan Allah..  semoga bicara ku ini mampu menyenangi hati sekalian teman, yang mungkin resah di hati mengharap keredhaan Robbnya.. sungguh iman di hatimu sahabat2 ku.. usahlah kita berputus asa dari rahmat Allah, kerna itu adalah pastinya satu kerugian. sekian bicaraku. Wallahualam. 



Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)





*****************************************************************
:: kaki ku semakin kuat berjalan, meneruskan hijrahku.. tidak terjangka aku mampu berjalan seperti ini.. semoga Allah tetapkan iman di hatiku, semoga tidak timbul rasa riak di hati ini.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Syukran Ya Robb..

~dan bermulalah kisah cinta imanku..... 


Tuesday, January 3, 2012

tahajjud cinta~


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
*************************************************************

Ya Allah, sentuhlah hatiku.. 
Jangan Kau biar parut duka ku berdarah lagi

Ya Allah, Kau jualah maksudku
Hanya pdMu harus ku mengadu
Hanya pdMu harus ku sandarkan segala yg terbuku di kalbu..

Allahumma Amin.. Semoga segala duka di hati menjadi titian cinta menuju Robbnya.. 



Tuesday, December 27, 2011

calon imamku..

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta..
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha..Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya
Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang boleh menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang boleh meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang boleh mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran







Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya..
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi
Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa



************************************************************************************

:: namun.. untuk mengejar sesuatu yang baik, haruslah bermula dari diri sendiri ::
~JANJI ALLAH ITU PASTI, BERSABARLAH MENANTI KEMANISAN NIKMAT KURINAAN-NYA~





Monday, December 12, 2011

hijrahku...

Bismillahirahmanirahim..

Aku bersyukur padaMu Allah..
Hati kini tenang..
Semoga Kau terus pegang hatiku..
Ya Allah yakinkan aku inilah pilihan ku..

Ku hanya mmpu mengadu padaMu Allah..
Sungguh hijrah itu payah..
Terkadang hati tidak ikhlas
Terkadang hati ku riak
Ya Allah, sungguh aku lah yg berdosa..

Aku bersyukur padamu Allah..
Kau kurniakan teman2 yg hebat
Teman2 yg telah membuka mata hatiku
Teman2 yg telah menyentuh hatiku
memberi sokongan mengharungi liku hijrah ini

Ku pohon padaMu Allah..
Jangan pernah keringkan air mataku
Air mata yg menginsafkan hati ini
Hanya dengan tangis sedu ku ini
Hatiku bisa merintih terus berharap nur hidayah yg tak putus dariMu..

Tidak tertahan hati mendengar kejayaan hijrah mereka yang lain
Yang terlebih dahulu menerima sapaan dariMu
Yang lebih kuat hatinya dariku
Yang lebih mencintaiMu
Yang lebih merinduiMu
Maka gugurlah lagi air mataku
Tidak tertahan cemburunya hati
Tidak tertahan sedihnya diri
Mengenangkan diri yang masih tergapai2
Ohh air mata ini mengalir lagi.

Hari ini, hati semakin sayu..
Teman di sisi menjadi pendorong langkahku..
Tidak ku hirau lagi hasutan yg mghalang..
Kain lembut itu ku sarungkan lagi menjadi hijabku..
Kali ini dengan hati yg lebih lapang
Kali ini dengan hati yang tenang.

Dan air mata ku tahan,
Wajah bonda dalam bayangan..
Mama, hijrahku ini juga utkmu..
Telah ku tunaikan hasrat hati kecilmu..
Semoga semua permata hatimu bisa merawat sedikit luka di hati..
Ya Allah, kurniakan juga hidayahMu pada saudara2 ku
sesungguhnya rahmatMu sangat luas
ZatMu tidak terbatas..

Dan cinta kpd insan itu ku harapkan
Datang menyerikan taman di hati
Hanya kala hati ini sudah pasti jodohnya
Hanya tika masanya sudah tiba,
Istikharahku tidak pernah berhenti,
Ku mohon moga ia datang segera,
Membimbing hatiku hingga ke syurga..

Ya Allah..Ya Allah.. Ya Allah..
Ku mohon, agar hati ini tidak lagi berpaling dariMu
Ku mohon agar  cinta ini terus mekar padaMu..
Ku mohon agar hijrah ini berterusan hingga ke hujung nyawaku..

Dan air mata berguguran lagi.. Allahurobbi!!

****************************************************************

*sahabat tersayang, ukhti habibati... sentiasa aku merindui kehadiranmu di hatiku..
bingkisan ini sbg tanda penghargaan ku padamu teman..
Semoga Allah terus melindugi hatiku, dan hatimu juga.. Amin, InsyaAllah. ^^,

Thursday, December 8, 2011

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi.


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

.
.
Matahari kian tinggi, tetapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.
Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, aku tidak pernah melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

.
.
Malaikat maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tetapi itu masih tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan – lahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, sungguh sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
“Ya Allah, sungguh dahsyat azab maut ini, timpakan sahaja semua siksa maut ini kepadaku, janganlah pada umatku”.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangisan mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
”Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku..

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Sumber: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/detik-detik-rasulullah-saw-menghadapi-sakaratul-maut/#ixzz1g0mYVNtI



**************************************************************************
hati bergetar, bergenang air mata.. Ya Rasulullah, ku pohon syafaatmu.. 
namun terasa malu seakan iman dan amal tidak seiring sunnahmu..

Ya Allah, pujuklah hati ini saat kalamMu ku bacakan, 
sentuhlah hati ini, sesungguhnya rahmatMu Maha Meluas..
sinar hidayahMu yg kudamba jgn samarkan..

terang NurMu jgn silaukan..
kerdhaanMu jua yg kumaksudkan...