Tuesday, April 8, 2014

ini bicaraku..

aduhai teman... 

puas sudah kita menangis, 
puas sudah kita ketawa dan bergembira,
tapi pasti suatu masa akan tiba,
kala hati bergetar lidah kelu seribu bahasa,
saat itu jadilah saksiku,
bahawa ukhwah ini hanya kerana Allah yang satu.

biar rapuh bicaraku,
biar lelah kau bersamaku,
namun jgn tegar kau meninggalkn,
sungguhpun aku jauh dari penglihatan.


aduhai teman, 
ingatkah kau lagi pada lafaz yang kita janjikan?

berdirinya kita atas dasar kefahaman,
keikhlasan hati kita curahkan, dengan amal kita zahirkan.
bersatu hati membawa ikrar jihad bersama perjuangan,
segalanya kita ingin korbankan sbg saham pd hari kebangkitan.

dengan penuh kasih dan cinta, taat dipersembahkan,
yakin ke akhir hayat jalan ini jadi pilihan agar thabat hingga ke hujung nyawa,
menjaga aqidah menepis segala aliran yang merosakkan,
sungguh kau teman, melebihkan aku kala sendirian demi ukhwah yg dianugerahkan,
akhlak dan peribadi tidak diragui, agar tidak hilang thiqah pd sang qiadi.

begitu jauh jalan kau susuri,
begitu rapuhnya titian yg kau lintasi,
yakinlah Allah sedang mengintaimu,
menguji iman agar kental tidak jatuh di penghujung jalan yang berduri.



1 comment:

  1. lamanya blog ni menyepi.. rindu 'sentuhan' sunyi kerana kadang2, tak semua benda mudah difahami dgn bahasa lisan..
    alhamdulillah.. terima kasih untuk catatan terapi..^_^

    ReplyDelete