بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha MERAHMATI, lagi Maha Penyayang.
AR-RAHMAN~MAHA MERAHMATI
In syaa ALLAH, kita teruskan kembara cinta dengan menyingkap kemuliaan nama ALLAH yang seterusnya; Ar-Rahman yakni Yang Maha Merahmati.
AR-RAHMAN membawa kepada definisi yang sangat mulia, yakni ALLAH SWT memiliki sifat rahmat yang amat meluas dan tiada batasannya kepada semua makhluk ciptaanNya. Segala apa yang ada di bumi mahupun di langit, segala rasa kecintaan, kegembiraan dan kebaikan adalah datang daripada rahmat ALLAH SWT.
Begitu juga apabila kita dijauhkan dpd azab dan malapetaka, jauh dpd perasaan benci, takut, perkara2 yang bahaya dan mudarat, dan apa jua bentuk perkara negatif, segalanya adalah pengaruh daripada ALLAH SWT.
Di sini dapat kita simpulkan bahawa ALLAH datangkan kepada kita segala kebaikan dengan kuasaNya, dan dengan kuasaNya jua kita dijauhkan daripada bahaya. Hanya Allah yang mampu dan berkuasa atas kurniaan setiap kebaikan dan keburukan. ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Merahmati.
Terpetik satu kisah tentang Nabi Ibrahim as. Baginda merupakan seorang yang suka menjamu makan kepada orang lain tidak kira siapa. Pada suatu hari, baginda berniat untuk menjamu makan kpd seorang lelaki tua. Namun, niatnya itu dibatalkan selepas mengetahui bhw org tua tersebut bukan seorang muslim. Maka baginda ditegur oleh ALLAH SWT. “Hai Ibrahim! Aku memberinya rezeki sepanjang umurnya, walaupun dia kafir. Sedangkan engkau, hanya untuk makan sekali saja telah berbuat begitu kepadanya”.
Turunnya ayat ini menyedarkan Nabi Ibrahim akan kesilapannya. Baginda lalu mengejar lelaki tua itu ke tempatnya untuk dijamu. Melihat ini, lelaki itu menjawab; “Tuhan yang menegur NabiNya kerana orang kafir, maka Dialah Tuhan lebih berhak disembah”. Dengan itu, lelaki tersebut menyatakan keimanannya kpd ALAAH SWT. SUBHANALLAH!!
Maka dapat kita saksikan melalui teladan sirah ini sendiri, dengan mengambil ibrah daripadanya, kita wajib mengimani ALLAH sebagai Ar-Rahman setelah segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Allah memberi rezeki kepada hambaNya tanpa membeza-bezakan antara satu dengan yang lain.
Tersebut dalam Surah Ar-Rahman, antara ayat al-Quran kegemaran hati, "فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” yang terulang sebanyak 31 kali dalam surah tersebut.
Bersamalah kita muhasabah kembali, atas segala nikmat yang kita kecapi di dunia ini, apakah balasan kita kepada Pemberi mutlak yang hakiki ini? Adakah kita mensyukuri setiap sudut nikmat diberi?
Tepuk dada, pujuk hati untuk terus belayar dalam lautan cinta iman. Kerana dengan keimanan yang teguhlah kita akan mampu bertahan untuk terus menyintai yang Maha Merahmati.
~wallahu’alam~
***************************************************************
Admin dah habes paper hari ni. Alhamdulillah.
xsbr nak kembali ke pangkuan bonda dan ayahanda tercinta,
melepas rindu, memulih tenaga di baiti jannati sebelum
bergerak kerja semula di bumi murobbi.
OO Allah, pls make it easy for me. Amin Ya Robb.
-end of sem 5-
***************************************************************
rujukan:
~tafsir al-Quran Darul Iman
~MENYINGKAP KEHEBATAN NAMA-NAMA ALLAH:
di sebalik kisah hikmah berpandukan Al -Quran dan As-Sunnah
terbitan TELAGA BIRU